KUANTAN: Dua beradik maut selepas kereta mereka dirempuh lori tangki membawa muatan petroleum berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di Jalan Kuantan-Segamat di sini, Selasa malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa ialah Cik Siti Mazurah Zulkifli, 30 tahun, dan Cik Siti Nur Alia Saffiyah, 18 tahun, yang berasal dari Felda Lepar Hilir Satu...





