Anugerah Edusave yang diberikan kepada pelajar sebagai motivasi untuk cemerlang, akan diluaskan untuk mengiktirafkan golongan pelajar yang telah menyumbang kepada sekolah dan masyarakat, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Isnin. Anugerah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) kepada pelajar itu lazimnya berdasarkan kecemerlangan akademik, kata beliau. Dengan masa, ia berkembang meliput aspek selain akademik seperti kegiatan kokurikular.
Berucap...





