Sedang negara menyesuaikan diri dalam era baru yang lebih merbahaya dan bermasalah, Singapura perlu pastikan angkatan bersenjatanya kukuh dan bernas, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) perlu memberi kesan kepada suara Singapura di peringkat antarabangsa, mengupayakan negara ini agar mampu berdiri teguh dalam mempertahan kepentingannya, dan memastikan republik ini selamat dan kukuh, tambah beliau.





