Berikut enam perkara menarik tentang Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang bakal berundur daripada politik selepas 22 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang.
Sebelum menceburi bidang politik, Encik Tharman memulakan kerjayanya di Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 1982 sebagai ahli ekonomi. Beliau kemudian diserap ke dalam perkhidmatan pentadbiran di Kementerian Pendidikan pada 1995, tetapi menyertai MAS semula...





