Hampir empat tahun telah berlalu sejak pemergian pelakon veteran Singapura yang disegani, J. A. Halim, kerana angin ahmar.
Anaknya Helmindra, 41 tahun, yang menggerakkan syarikat penerbitan By Apparatus sebak mengenangkan betapa bapanya menjadi sumber inspirasi bagi penghasilan drama kanak-kanak Stor Atuk (Musim Pertama) yang dicalonkan bagi Rancangan Kanak-Kanak Terbaik, Pesta Perdana.





