Kedudukan dan pengalaman luas Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, di peringkat antarabangsa, pemerintah dan politik akar umbi akan meletakkan beliau dalam kedudukan baik untuk mewakili Singapura di dalam dan luar negara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Dalam satu surat sebagai membalas surat Encik Tharman yang mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang, Encik Lee berkata...





