WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, merancang berkunjung ke China dalam tempoh beberapa minggu ini untuk mengadakan rundingan dengan pegawai tinggi, mungkin termasuk Presiden Xi Jinping, dalam usaha memulihkan komunikasi peringkat tinggi, sekalipun ketegangan antara kedua-dua negara itu masih berterusan.
Encik Blinken mulanya merancang melawat Beijing pada Februari lalu, tetapi membatalkannya selepas Amerika mendapati China melepaskan belon pengintip...





