Malam penuh syahdu disulam keindahan. Detik yang mengukuhkan simpulan tali yang baru diikat. Saat yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai dengan penuh debaran.
Rona wajah tersipu-sipu malu cuba menyembunyikan hati yang berdetak hebat. Ibarat seekor pungguk melempiaskan rindunya terhadap sang bulan. Namun perasaan sedemikian seakan-akan tidak wujud buat pasangan yang baru menjadi raja sehari, Armin dan Arfah. Bukan Armin dan Arfah...





