SM Zakir dalam buku esei ‘Karya dan Kekuasaan Pengarang’ mengatakan bahawa “… pengarang mewujudkan sebuah dunia seperti sebuah ‘penjara’ dalam memperihalkan tentang tatanan sosial; yang dikawal olehnya.”
Beliau menerangkan bahawa seseorang pengarang menulis bukan sahaja untuk memberikan hiburan, tetapi memiliki objektif yang lebih besar iaitu “mengatur suasana sosial dan budaya, lalu menghasilkan hubungan antara sosial atau kehidupan yang digambarkan itu...





