PENGELUAR dan peruncit gas, City Energy, dan pembekal elektrik, Senoko Energy, telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) untuk mengkaji kemungkinan teknikal dan komersial import dan pembekalan hidrogen antara kededua kemudahan syarikat itu di bahagian utara Singapura.
Kededua syarikat tersebut berkata mereka juga akan meneroka peluang berkaitan hidrogen, termasuk hidrogen hijau, untuk memenuhi permintaan masa depan bagi kuasa hidrogen di Singapura,...





