PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutus kawat takziah kepada Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, di atas nahas kereta api di Odisha yang mengorbankan 288 nyawa pada Jumaat.
Dalam kejadian yang turut mencederakan 700 penumpang, dua kereta api penumpang yang bergerak laju didapati tergelincir dari landasan setelah merempuh kereta api barangan yang tidak bergerak di situ. Dalam kalangan...





