USAHAWAN mapan Encik Abu Bakar Mohd Nor telah dipilih sebagai Presiden baru Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi penggal terkini dari 2023 hingga 2025.
Beliau menggantikan Encik Farid Khan yang memutuskan untuk mengundur diri setelah memimpin DPPMS sejak empat tahun lalu.





