PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah diuji positif Covid-19 lagi, hanya beberapa hari selepas pulih daripada virus itu buat kali pertama.
Menurut Encik Lee, beliau berasa sihat dan doktornya telah menasihatkan beliau agar mengasingkan diri sehingga ujian ART menunjukkan hasil negatif.





