PRESIDEN Halimah Yacob mungkin merupakan presiden wanita pertama Singapura, namun legasinya ialah memastikan beliau bukanlah yang terakhir, kata presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.
Berikutan pengumuman Puan Halimah pada Isnin bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, ramai pemimpin masyarakat, pertubuhan, ahli politik dahulu dan sekarang serta orang awam, tidak henti...





