PENGUMUMAN Presiden Halimah Yacob bahawa beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden akan datang, yang dijadual menjelang September ini, membuat banyak pihak bersedih hati. Namun keputusan presiden wanita pertama Singapura itu, selepas enam tahun memegang jawatan tertinggi negara, perlu dihormati.
Ramai pemimpin negara, masyarakat, pertubuhan di samping rakyat jelata melahirkan rasa penghormatan mereka dan menyampaikan rasa terima kasih...





