BAGI Cik Haninah Rehan, pendidikan madrasah telah membuka matanya kepada golongan-golongan yang lebih memerlukan. Dalam temu bual dengan Berita Harian (BH), Cik Haninah, bekas pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah berusia 19 tahun, mengakui bahawa beliau kini lebih peka terhadap keperluan golongan tersebut melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah.
Madrasah Alsagoff Al-Arabiah telah menganjurkan pelbagai aktiviti sukarelawan bagi membantu golongan fakir miskin,...





