KEMENTERIAN Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) telah membentuk Majlis Penyelaras Kumpulan Keharmonian baru yang bertujuan menyelaraskan usaha merentas kesemua 93 Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama di Singapura.
Majlis Penyelaras Kumpulan Keharmonian itu dilantik secara rasmi di Majlis Pelantikan Nasional Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama yang diadakan buat julung kalinya di Singapura pada Sabtu.





