TOKYO: Polis Jepun menahan seorang yang disyaki membunuh empat orang, termasuk dua anggota polis, dalam satu kejadian serangan menggunakan senjata api dan pisau, menurut laporan Kyodo News dan NHK pada Jumaat.
Polis menangkap lelaki yang disyaki itu di sebuah ladang berhampiran bandar Nakano di daerah Nagano, menurut laporan Kyodo News, sambil menambah bahawa polis telah mengesahkan empat orang telah terbunuh...





