KETIKA Singapura pulih daripada satu lagi prestasi hambar pasukan Singa Muda dalam Sukan SEA baru-baru ini, fraterniti bola sepak setempat menggesa agar kepimpinan teguh, kerjasama dan laluan pembangunan yang berkesan menjadi kunci utama bagi menaikkan semula taraf bola sepak negara.
Cadangan ini disuarakan antara peserta yang hadir dalam acara Unleash The Roar! (UTR) Football Conversation, satu dialog bersama pihak berkepentingan...





