MENJAMIN kestabilan kedua-dua harga dan kewangan tidak boleh dilakukan menerusi dasar kewangan sahaja, tetapi perlu disepadukan dengan bidang-bidang lain menurut dasar itu, kata pengarah pengurusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, pada Jumaat.
Bercakap semasa Forum Dasar Kewangan Asia ke-10 di Hotel Shangri-La Singapura, beliau menggesa agar sebuah rangka kerja dasar kewangan bersepadu, dasar fiskal, dan langkah kewangan makro...





