PERMOHONAN bagi tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 berserta pranontonnya di Padang akan bermula 12 tengah hari, 29 Mei ini.
Acara NDP akan dibuka kepada semua warga Singapura dan Penduduk Tetap dan permohonan akan diproses menerusi sistem undian, kata Jawatankuasa Eksekutif (Exco) NDP 2023.





