ORANG muda di Singapura bakal memainkan peranan lebih besar dalam membentuk dasar-dasar di sini, terutama bagi hal yang penting bagi mereka.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata pada Rabu bahawa kementeriannya akan membentuk dua hingga tiga panel belia pada 2023 untuk membangunkan bersama cadangan dasar dengan pemerintah.





