KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia akan mengkaji hal kewangan bagi pembinaan loji rawatan air dan penggantian paip bagi menyelesaikan masalah air yang berlarutan di Kelantan.
Menterinya, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia adalah susulan kepada pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang secara terbuka menyatakan komitmen kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu...





