DENGAN niat mahu menghidupkan sunah, pusat pendidikan Islam setempat, Al Falah Academy SG (AFASG), gigih melaksanakan ibadah korban sejak 2016. Pusat ini diasaskan oleh Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, khidmat korban ini diadakan di Australia, India dan Indonesia. Selain itu, bagi tempahan di Australia, khidmat penghantaran daging korban ke rumah secara percuma ditawarkan bagi memudahkan umat Islam...





