WARGA Singapura dijangka dapat meraikan kedatangan tahun baru 2024 dengan penuh semangat dan keceriaan memandangkan sambutannya akan bermula dengan hujung minggu yang panjang.
Menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu, hari tahun baru jatuh pada Isnin manakala 2024 bakal mempunyai empat hujung minggu yang merupakan hari cuti umum.





