SATU rangka kerja baru yang menjajarkan pembelajaran pelajar dengan perkembangan industri terkini untuk memastikan pelajar tamat pengajian dengan kemahiran serta kecekapan yang diperlukan industri telah dilancarkan Politeknik Ngee Ann pada Rabu.
Rangka kerja Industri-dalam-Kurikulum (IiC) itu yang dijadual dilaksanakan menjelang akhir 2024, membolehkan NP bekerjasama dengan pengamal industri untuk membangunkan, menyampaikan dan menilai bersama sekurang-kurangnya sepertiga kurikulum bagi semua diploma...





