JAKARTA: Pemerintah akan membincangkan baik dan buruk membenarkan konsert muzik oleh kumpulan Britain Coldplay dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI), kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno.
“Kami akan mewujudkan perhubungan; kami ingin mendengar maklum balas dan cadangan. Kami memerlukan pandangan daripada ulama untuk membantu kami memastikan konsert ini berlangsung dalam koridor undang-undang,” kata Encik Sandiaga kepada wartawan...





