KHARTOUM: Serangan udara dan pergaduhan dilaporkan berlaku di ibu kota Sudan sejurus selepas persetujuan gencatan senjata selama seminggu dikuatkuasakan pada Isnin, dengan bau asap masih terhidu dan dentuman tembakan senjata kedengaran di sana sini sepanjang hari.
Saksi-saksi melaporkan bahawa pergaduhan berlaku di utara ibu kota Khartoum dan serangan-serangan udara di ibu kota itu berlaku sekitar 9.45 malam apabila persetujuan gencatan...





