HILANG rindu peminat apabila dapat bertemu dengan artis kegemaraan mereka secara berdepan mata, sambil beramah mesra selepas lebih dua tahun tidak dapat ke Singapura gara-gara pandemik.
Itulah yang dirasakan hadirin yang menghadiri acara Sinar Lebaran ’23 anjuran syarikat tempatan, MakMok Productions di Ballroom The Iris, City Plaza. Penyanyi popular Malaysia, Khai Bahar terutamanya, dilihat tidak putus-putus dikeremuni hadirin dan...





