WALAUPUN mungkin baru ‘setahun jagung’, jangan meremehkan kebolehan murid sekolah rendah menterjemah bahasa.
Satu pertandingan Penterjemah Pintar di Perpustakaan Daerah Woodlands pada 19 Mei menyaksikan 58 murid Rakan Bahasa, wakil dari 29 sekolah rendah, berkumpul untuk menguji kemahiran mereka selaku penterjemah.





