KAHIRAH/DUBAI: Puak-puak yang berperang di Sudan menandatangani perjanjian lewat Sabtu untuk gencatan senjata selama tujuh hari sedang pertempuran yang telah menjerumus negara itu ke dalam keadaan huru-hara dan menyebabkan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal memasuki minggu keenam.
Gencatan senjata akan berkuat kuasa hari ini bermula 9.45 malam waktu Khartoum (3.45 pagi Selasa, waktu Singapura), kata penaja rundingan, Amerika Syarikat...





