SERAMAI 27 anak titipan telah menerima anugerah tadi pagi daripada Encik Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Enabling Village.
Acara itu meraikan pencapaian anak titipan dan belia yang menerima anugerah atas pencapaian mereka dalam sekolah, sukan, seni dan pembangunan sahsiah.





