KUMPULAN pertama jemaah haji Singapura telah selamat pulang ke tanah air malam tadi. Mereka terdiri daripada 41 jemaah dari ejen penjualan pakej haji (GSA) Shahidah Travel & Tours (gambar atas).
Kepulangan mereka itu disambut oleh keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan, dengan ada yang tidak dapat menahan sebak dapat bertemu kembali dengan orang tersayang.





