SINGAPURA telah mengambil pendirian berprinsip menentang penggunaan kekerasan yang membawa kepada maut oleh tentera Myanmar terhadap orang awam yang tidak bersenjata dan telah berusaha untuk menghalang pengaliran senjata ke Myanmar, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Kenyataan MFA itu adalah sebagai respons kepada soalan yang diajukan media mengenai laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Tom...





