PEJABAT Pos Alexandra akan menutup pintunya pada 17 Jun selepas enam dekad menyediakan perkhidmatan pos bagi penduduk Bukit Merah.
Menurut kenyataan Singapore Post di Facebook pada Rabu, pelanggan boleh ke Pejabat Pos Bukit Merah Central atau Pejabat Pos Tiong Bahru yang berdekatan.





