KUALA LUMPUR: Keputusan untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan melindungi kesucian Islam di samping memperkuat perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, berkata ia juga memberi peluang untuk memperkemaskan lagi dasar sedia ada berkaitan penggunaan kalimah...





