DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan menjalankan penilaian dalaman terhadap prestasi kurang memberangsangkan pasukan bola sepak lelaki Singapura bawah 22 tahun dalam Sukan SEA Kemboja.
Ini disebalik kekalahan 0-7 Singapura pada perlawanan akhir kumpulan B menentang Malaysia pada 11 Mei dan kedudukan pasukan Singapura yang berada di tangga corot kumpulan selepas empat perlawanan.





