Pasukan sepak takraw Singapura berjaya merangkul pingat pertamanya dalam Sukan SEA sejak 2015. Di Dewan Bola Keranjang dalam Pusat Stadium Olimpik pada Selasa, skuad Singapura menamatkan persaingan acara regu lelaki di tempat ketiga daripada empat pasukan untuk meraih gangsa bersama. Skuad Singapura diwakili Khairul Fahmi Yazid, A'fif Safiee, Asri Aron, Ramli Sa'ari dan Danish Irfan Faizal. Jurulatih pasukan sepak takraw...





