Satu kajian kecelikan membaca antarabangsa yang dijalankan ke atas murid Singapura mendapati mereka mahir dan berkeyakinan membaca, tetapi bilangan mereka yang seronok membaca berkurangan. Tinjauan Kemajuan dalam Kecelikan Membaca Antarabangsa (PIRLS), yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa, mendapati peratusan murid yang melaporkan mereka "sangat seronok membaca" berkurangan kepada 51 peratus pada 2021, paras terendah dalam sedekad. Ia berkurangan daripada...





