PEKERJA di kawasan pusat bandar (CBD) yang memerlukan rehat daripada pekerjaan, terutama jika berasa tertekan, kini boleh bermain dengan kucing, bermeditasi dalam kepompong atau beristirahat dalam buaian.
Demikian inisiatif pertama Persatuan Rakyat (PA) untuk memanfaatkan lokasi CBD utama dalam menyediakan beberapa pengalaman kesejahteraan.





