ENCIK Ravi Menon telah dilantik semula sebagai pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk tempoh dua tahun lagi.
Beliau yang berusia 59 tahun telah menerajui bank pusat itu sejak 2011 dan dikhabarkan akan meninggalkan MAS tahun ini apabila tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Mei.





