PEMANGKU presiden bagi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Bernard Tan, telah memohon maaf atas respons terhadap sebuah komen yang dibuat olehnya.
Ini susulan komen salah seorang pengguna Instagram di profilnya yang menuntut beliau meletak jawatan selepas kekalahan teruk 0-7 oleh pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun dengan Malaysia pada Khamis dalam Sukan SEA Kemboja.





