SEBAGAI hamba Allah yang bertakwa, Rasulullah saw merupakan contoh terbaik bagi umat Islam dalam melaksanakan amal soleh secara berperingkat dan berterusan.
Tidak dapat dinafikan bahawa Baginda saw sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan, dengan hatinya yang sentiasa mengingati Allah swt dan lidahnya yang selalu basah dengan zikir kepada-Nya.





