PELAJAR baru yang menyertai Universiti Seni Singapura (UAS) pada 2024 perlu mengambil sekurang-kurangnya satu latihan amali dan melengkapkan modul yang akan menyediakan mereka untuk menyertai pasaran pekerjaan dan dunia yang lebih luas.
UAS merupakan universiti pertama di Singapura yang memberi tumpuan kepada seni. Ia akan mengambil kohort pertama pelajarnya merentasi ijazah sarjana muda dan program Sarjana Sastera pada Ogos 2024....





