MESKIPUN sudah mengecapi kejayaan dalam industri seni suara Indonesia, bintang asal Alor di Nusa Tenggara Timur, Jeandmesh Antonio Kamaleng, yang lebih mesra dengan panggilan Andmesh Kamaleng, tidak melupakan 'orang kampungnya'.
Malahan, apabila ditanya tentang projek terkininya sewaktu ditemui Berita Harian (BH) di Hotel Royal Plaza On Scotts, Andmesh, 26 tahun, mendedahkan beliau bakal bergelar penerbit pada sekumpulan bakat muda daripada...






