PHNOM PENH: Pasukan Singa wanita tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 selepas mencatat kekalahan kedua berturut-turut mereka. Walaupun teguh mempertahankan benteng untuk sebahagian besar masa perlawanan, sepakan penalti pemain Kemboja Kunthea Poeurn pada minit ke-75 cukup untuk memusnahkan harapan Singapura. Gol kemenangan itu bagaimanapun membawa keriuhan kepada lebih 4,700 penyokong tempatan, di Stadium RSN pada Sabtu (6 Mei). Kemenangan...






