BEBERAPA gedung dengan konsep baru yang mempamerkan produk kecantikan, fesyen dan produk hiasan rumah kini memenuhi unit kedai yang dikosongkan oleh Robinsons di Raffles City.
Gedung berkonsep yang dikenali sebagai One Assembly merupakan sebuah gedung yang diusahakan bersama BHG Singapore dan Raffles City Singapore. Ia mengisi ruang tingkat satu dan dua pusat beli-belah tersebut.





