LONDON: Thomas Tuchel telah dinamakan sebagai pengurus Chelsea selepas kelab itu memecat pengurus Frank Lampard, dengan harapan Tuchel boleh membantu pemain bertaraf bintang di kelab itu mencapai potensi masing-masing.
Tuchel, yang berasal dari Jerman, tiba di Stamford Bridge bersandar reputasi sebagai antara penyusun taktik dan strategi yang terbaik dalam bola sepak Eropah pada masa ini.





