WASHINGTON: Lebih 150 orang telah didakwa atas rusuhan yang berlaku di bangunan Capitol di ibu kota Amerika Syarikat oleh sekumpulan besar penyokong bekas Presiden Donald Trump pada 6 Januari lalu, kata Jabatan Kehakiman Amerika kelmarin.
Para penyiasat membuka siasatan ke atas lebih 400 orang yang menyertai serangan ganas ke atas badan perundangan Amerika, kata Encik Michael Sherwin, pemangku pendakwa persekutuan...





