DALAM agensi keselamatan di Singapura bekerja keras mencegah pengganasan daripada berlaku di negara ini, setiap rakyat Singapura juga bertanggungjawab dan berperanan terus dalam berjaga-jaga demi keselamatan negara.
Ini ditekankan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam lampiran pos Facebooknya pada petang Rabu (27 Januari).





